Isnin, 9 November 2020

PEMBATALAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2020

 Salam sejahtera dan salam Sinergi,

Sehubungan dengan perintah penutupan semua institusi pendidikan di bawah Kementereian Pendidikan Malaysia (KPM) peperiksaan akhir tahun yang dijadualkan diadakan bermula 9 November 2020 adalah dibatalkan.

Semua murid dinasihatkan supaya membuat ulangkaji mata pelajaran melalui kaedah pembelajaran dalam talian. Jadual pembelajaran dalam talian telah dikeluarkan pihak sekolah. Kerjasama ibu bapa dan penglibatan aktif murid-murid adalah harapkan.

Sekian. Harap maklum.

Jumaat, 4 September 2020

UJIAN PENGESANAN TAHUN LIMA DAN ENAM 2020

 Salam sejahtera dan salam Sinergi,

Adalah dimaklumkan bahawa ujian pengesanan bagi murid-murid Tahun Lima dan Tahun Enam telah dihjadualkan di adakan seperti yang di catatkan di bawah:-


  • Hari Isnin - hari Khamis
  • 7 September 2020 - 10 September 2020
  • Semua subjek teras asas berformat kertas soalan Ujian Pentaksiran Sekolah Rendah (UPSR).
Sehubungan dengan itu, semua murid di tahun Lima dan tahun Enam adalah dinasihatkan supaya membuat ulangkaji subjek-subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Semua murid tahun Lima dan tahun Enam disarankan supaya menjaga tahap kesihatan diri dan mengamalkan semua arahan-arahan dalam langkah pencegahan COVID-19 semasa menduduki penilaian tersebut.

Sekian. Selamat maju jaya.

Selasa, 16 Jun 2020

NOTIS PEMBUKAAN SEMULA KELAS-KELAS PRASEKOLAH

Salam sejahtera dan salam Sinergi,

Adalah dimaklumkan bahawa kelas-kelas Prasekolah akan mula dibuka pada hari Rabu, 1 Julai 2020. Semua ibu bapa atau waris murid-murid Prasekolah akan diberitahu melalui perkhidmatan media sosial seperti WhatApps atau Telegram sekolah.

Pihak sekolah mengambil langkah-langkah pencegahan penularan COVID-19 di setiap kelas Presekolah selaras dengan SOP yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Pendidikan Malaysia,

Sekian, harap maklum.

Isnin, 16 Mac 2020

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA SEKOLAH AKIBAT WABAK COVID-19

Salam sejahtera dan salam Sinergi,


Selaras dengan arahan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui hebahan umum yang disiarkan melalui semua media rasmi kerajaan berhubung dengan penularan COVID-19 di Malaysia, semua sekolah rendah, menengah atau institusi pendidikan hendaklah ditutup sementara bermula 18 Mac 2020 hingga 12 Mei 2020 atau sehingga diberitahu sebaliknya.

Langkah ini adalah untuk mengekang penularan wabak dalam masyarakat. Justeru itu semua ibu bapa dan waris murid-murid atau pelajar sekolah dan institusi pendidikan lain hendaklah mengambil maklum perkara ini. 

Pihak sekolah ingin mengingatkan semua murid supaya menjaga keselamatan diri dengan mengambil langkah-langkah pencegahan seperti yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Sekian, harap maklum. Terima kasih

Sabtu, 29 Februari 2020

KEJOHANAN SUKAN DAN OLAHRAGA DAERAH (MSSPP) SEBERANG PERAI SELATAN 2020

Salam sejahtera dan salam Sinergi,

Sukacita memaklumkan bahawa kejohan sukan dan olehraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Pulau Pianang (MSSPP) daerah Seberang Perai Selatan edisi 2020 akan dilangsungkan seperti yang dicatatkan di bawah:-

  • Hari Isnin hingga hari Khamis
  • 9 Mac - 12 Mac 2020
  • Stadium Negeri Batu Kawan
  • 8:00 pagi - 5:00 petang

Sehubungan dengan itu semua waris, ibu bapa atau penjaga murid-murid SKBTM adalah dijemput ke kejohanan tersebut disamping menyokong atlet-atlet SKBTM yang bertanding pelbagai acara padang dan balapan pada kejohanan tersebut. Sekian, harap maklum.

Khamis, 27 Februari 2020

KEM BAHASA INGGERIS 1

Salam sejahtera dan salam Sinergi,

Adalah dimaklumkan bahawa kem peningkatan prestasi subjek Bahasa Inggeris untuk murid-murid Ujian Pentaksiran Sekolah Rendah (UPSR) 2020 telah dijadualkan diadakan seperti yang dicatat di bawah:-

  • Hari Jumaat
  • 8:00 paagi - 11:30 tangah hari
  • Kelas-kelas Tahun Enam

Pelaksanaan aktiviti dalam kem ini dibimbing guru-guru subjek Bahasa Inggeris Tahun Enam dengan menggunapakai modul pembelajaran berfokus kertas-kertas Pemahaman dan Penulisan. Semua murid Tahun Enam adalah diwajibkan mengikuti kem ini. 

Sekian, terima kasih.

Ahad, 23 Februari 2020

KEM BAHASA MELAYU TAHUN ENAM

Salam sejahtera dan salam Sinergi,

Adalah dimaklumkan bahawa Panitia Bahasa Melayu akan mengadakan Kem Bahasa Melayu untuk murid-murid Tahun Enam seperti yang dicatatkan di bawah:-

  • Hari Rabu
  • 26 Februari 2020
  • 7:45 pagi hingga 12:05 tengah hari
Kem bahasa ini akan memfokuskan aktiviti menjawab soalan-soalan kertas Bahasa Melayu berformat UPSR untuk murid-murid dalam kumpulan gagal - lulus (GALUS). Fasilitator untuk aktiviti ialah guru-guru subjek Bahasa Melayu dari Tahap Satu dan Tahap Dua.

Sekian, harap maklum.