Jumaat, 19 Februari 2016

KELAS TAMBAHAN BAHASA MALAYSIA DAN MATEMATIK TAHUN ENAM

Salam sejahtera dan Salam Sinergi 5P,

Sukacita memaklumkan bahawa kelas-kelas tambahan subjek Bahasa Malaysia dan Matematik Tahun Enam akan mula dijalankan seperti yang dicatatkan di bawah:-

  • Setiap hari Sabtu
  • Bahasa Malaysia (8:00 pagi - 10:00 pagi)
  • Matematik (10:30 pagi - 12:30 tengah hari)

Sehubungan dengan itu semua murid Tahun Enam diwajibkan hadir ke kelas-kelas yang dinyatakan di atas dengan memakai pakaian yang sesuai dan membawa alat tulis. Jadual kelas-kelas yang dinyatakan di atas telah pun diedarkan kepada semua murid Tahun Enam.

Sekian, harap maklum. Terima kasih

Jumaat, 5 Februari 2016

UJIAN PRA PENGESANAN TAHUN ENAM BIL 2/2016

Salam sejahtera dan Salam Sinergi 5P,

Adalah dimaklumkan bahawa Ujian Pra Pengesanan (UPSR) Dua telah dijadualkan diadakan seperti yang dinyatakan di bawah:-

  • 15 - 19 Feb 2016
  • Semua subjek teras UPSR berformat baharu,
  • Semua murid Tahun Enam

Justeru itu, semua murid Tahun Enam adalah dinasihatkan supaya membuat ulangkaji mata pelajaran-mata pelajaran UPSR dengan membuat banyak latihan serta memahami format pentaksiran baharu. 

Sekian, harap maklum.

Isnin, 1 Februari 2016

KELAS BIMBINGAN PUZ - SKBTM TAHUN ENAM 2016

Salam sejahtera dan Salam Sinergi 5P,

Sukacita memaklumkan bahawa kelas tambahan bagi murid-murid Tahun Enam telah dijadualkan diadakan seperti yang dinyatakan di bawah:-

  • Hari Isnin, Selasa, Khamis
  • 2:00 petang - 4:00 petang
  • bemula 15 Februari 2016
  • Hari Jumaat
  • 2:30 petang - 4:30 petang
  • bermula 19 Februari 2016
Kelas-kelas tambahan ini merupakan sebahagian daripada program tahunan pihak Pusat Urus Zakat, Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan pihak sekolah. Ianya bertujuan memberi bimbingan kepada calon-calon UPSR 2016 dengan menekankan kepada kumpulan sasaran murid GALUS / SIPI Lulus.

Sekian, harap maklum.