Selasa, 4 Februari 2014

UJIAN KEMAJUAN 1, 2014

Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan mengadakan Ujian Kemajuan 1, 2014 pada butiran yang dicatatkan di bawah:-
  • 18 - 20 Februari 2014
  • Murid-murid Tahun Lima dan Enam sahaja
  • Semua subjek teras UPSR
Sehubungan itu, semua waris, ibu bapa dan penjaga murid-murid di Tahun Lima dan Tahun Enam diminta menasihatkan anak-anak tuan puan untuk membuat ulangkaji secukupnya bagi menghadapi penilaian ini. Jadual penilaian akan diedarkan kepada semua murid di tahun-tahun terbabit sedikit masa lagi.

Sekian, harap maklum.

Ahad, 2 Februari 2014

KELAS TUISYEN CEMERLANG MUTIARA - PROGRAM DIDIK CEMERLANG AKADEMIK (PDCA) 2014

Sukacita memaklumkan bahawa program Tuisyen Cemerlang Mutiara PDCA akan bermula sepeti yang dicatatkan d bawah:-

  • 3 Februari 2014
  • Hari Isnin hingga Khamis (1:35 petang hingga 3:35 petang) 
  • Hari Jumaat (3:00 petang hingga 5:00 petang)

Program ini merupakan usahasama pihak PERDA dengan Jabatan Pendidikan Pulau Pinang yang bertujuan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Matematik dan Sains dikalangan murid-murid sekolah rendah. 

Program ini dikhaskan kepada murid-murid Tahun Empat dan Tahun Lima dengan memfokuskan kepada golongan murid-murid yang mempunyai potensi untuk lulus (GALUS) dalam ujian ataupun peperiksaan.

Jadual pelaksanaan kelas-kelas tuisyen ini telah dikeluarkan kepada semua murid Tahun Empat dan Lima serta guru-guru berkenaan. Semua waris dan ibu bapa diminta menyediakan bekalan yang mencukupi kepada anak-anak mereka bagi mengikuti kelas-kelas tuisyen terbabit. Untuk pengetahuan para ibu bapa dan waris, kelas-kelas tuisyen ini adalah percuma.

Sekian. Harap maklum.