Ahad, 26 Januari 2014

KELAS TAMBAHAN PUSAT URUS ZAKAT (PUZ) 2014

Sukacita memaklumkan bahawa kelas-kelas anjuran Pusat Urus Zakat (PUZ), PERDA dan Jabatan Pendidikan Pulau Pinang akan bermula seperti yang dicatatkan di bawah:-

  • 3 Februari 2014
  • Semua murid Tahun Enam, 2014
  • 1:35 petang - 4:35 petang
  • Setiap hari Isnin - Khamis, 
  • Hari Jumaat dari jam 3:00 petang hingga 5:00 petang.
Sehubungan itu, ibu bapa serta waris murid-murid Tahun Enam adalah dinasihatkan supaya menyediakan bekalan makanan atau wang saku yang mencukupi kepada anak tuan puan. Surat pemberitahun rasmi akan dikeluarkan pihak sekolah.

Sekian, harap maklum.

Isnin, 13 Januari 2014

MESYUARAT PENINGKATAN PRESTASI TAHUN ENAM

Sukacita memaklumkan bahawa Jawatankuasa Program Peningkatan Prestasi Tahun Enam akan mengadakan mesyuarat pertamanya seperti  yang dicatatkan di bawah:-
  • 20 Januari 2014.
  • Bilik Mesyuarat.
  • Semua guru subjek teras Tahun Enam diwajibkan hadir.
  • Sila bawa bersama analisis markah Tahun Enam (TOV dan ETR) untuk sesi perbincangan pasca nilai dan perancangan program 2014.
Sekian. Harap maklum.