Khamis, 16 Oktober 2014

UJIAN STANDARD FIZIKAL KEBANGSAAN (SEGAK) SEKOLAH RENDAH


Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan menjalankan sesi ujian SEGAK yang akan melibatkan murid-murid dari Tahun Empat hingga Tahun Enam. Hasil daripada ujian ini digunakan sebagai eviden standard kecergasan fizikal bagi menentukan aras kecergasan seseorang murid.

Beberapa set latihan kecergasan fizikal akan dilakukan murid-murid mengikut garis panduan yang telah ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Semua aktiviti akan dipantau guru-guru yang berpengalaman dalam bidang pendidikan jasmani dan kesihatan.

Sekian. Harap maklum.

Khamis, 9 Oktober 2014

HARI GANTI PERSEKOLAHAN

Perhatian kepada semua ibu bapa dan waris murid-murid SKBTM. Sekolah akan mengadakan hari persekolahan ganti sempena cuti Deepavali. Hari ganti persekolahan ini akan diadakan seperti yang di catatkan di bawah:-

  • Hari Sabtu
  • 11 Oktober 2014

Oleh itu, sekolah akan bercuti sempena Deepavali bermula hari Rabu, 22 Oktober sehingga hari Jumaat, 24 Oktober 2014. Pemberitahuan mengenai hari ganti persekolahan dan cuti sempena Deepavali telahpun diedarkan kepada semua murid.

Sekian. Harap maklum.