Selasa, 18 Mac 2014

KEM BESTARI SOLAT 2/2014

Sukacita memaklumkan bahawa Panitia Pendidikan Islam akan mengadakan Kem Bestari Solat Siri 2/2014. Pelaksanaan program adalah seperti berikut:-

  • Hari Jumaat dan Sabtu
  • 17 dan 18 April 2014
  • Surau Sekolah.

Sehubugan itu, semua murid yang terlibat akan diberikan penerngan serta surat pemberitahun kepada waris mengenai perkara ini.

Sekian, terima kasih.

Rabu, 12 Mac 2014

KELAS TAMBAHAN PUZ - CUTI SEKOLAH

Adalah dimaklumkan bahawa kelas-kelas tambahan PUZ semasa cuti sekolah akan diadakan seperti yang di catatkan di bawah:-
 
  • Hari Isnin dan Selasa
  • 24 dan 25 Mac 2014
  • 8:00 pagi - 12:00 tengah hari
  • Semua murid Tahun Enam.
 
Justeru itu, semua murid Tahun Enam diwajibkan hadir ke kelas tambahan anjuran Pusat Urus Zakat dengan kerjasama PERDA Pulau Pinang.
 
Sekian, harap maklum.

Ahad, 9 Mac 2014

MESYUARAT PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK

Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat peningkatan akademik berfokus UPSR akan diadakan seperti yang dicatatkan di bawah:-

  • Hari Isnin
  • 10 Mac 2014
  • Bilik Mesyuarat
  • Semua guru mata pelajaran teras Tahun Enam.

Mesyurat tersebut akan membincangkan perkara-perkara yang berhubung dengan keputusan UPTP 1 dan kaedah peningkatan serta program pasca nilai. Justeru itu, semua guru terbabit diwajibkan hadir ke mesyuarat yang disebutkan di atas. 

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

Isnin, 3 Mac 2014

MAJLIS MOTIVASI MURID-MURID TAHUN ENAM SIRI 2/2014

Sukacita memaklumkan bahawa ceramah motivasi yang dikendalikan penceramah terkenal, ustaz Izad Hambali akan diteruskan dengan siri kedua. Ceramah ini dijadualkan diadakan seperti yang di catatkan di bawah:-


  • Hari Jumaat
  • 7 Mac 2014
  • Dewan Mutiara, SKBTM
  • Semua murid Tahun Enam, 2014

Justeru itu, semua murid Tahun Enam diwajibkan menghadiri sesi ceramah motivasi akademik tersebut. Pihak sekolah berharap murid-murid Tahun Enam akan mengambil pedoman belajar secara bijak daripada sesi motivasi ini dan seterusnya dapat membawa perubahan yang positif dalam keputusan UPSR 2014 nanti.