Rabu, 26 September 2018

PKSR 2, 2018

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Sukacita memaklumkan bahawa Pentaksiran Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) Dua telah dijadualkan diadakan pada seperti yang dicatatkan di bawah:-

  • Hari Isnin hingga hari Jumaat
  • 15 Oktober hingga 19 Oktober 2018
  • Semua kelas Tahun Satu hingga Tahun Lima
Subjek wajib - Bahasa Melayu Penulisan dan Pemahaman, Bahasa Inggeris Penulisan dan Pemahaman, Matematik, Sains, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral, Bahasa Arab, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil, Pendidikan Seni Visual, Sejarah.

Sehubungan dengan itu semua murid adalah dinasihatkan supaya membuat ulangkaji mata pelajaran-mata pelajaran yang dicatatkan di atas bagi mendapat markah yang baik. Keputusan PKSR Dua ini akan diguna bagi penempatan murid-murid ke kelas-kelas pada tahun 2019.

Sekian, terima kasih.