Rabu, 15 Mei 2013

KEM BESTARI SOLAT

Sukacita memaklumkan bahawa Persatuan Ibubapa dan Guru-guru (PIBG) dan kerjasama Panitia Pendidikan Islam SKBTM akan menganjurkan kem Bestari Solat kepada semua waris dan murid yang beragama Islam. Program ini akan diadakan seperti yang dicatatkan di bawah:-

  • Hari Sabtu
  • 18 Mei 2013
  • 2:00 - 5:00 petang
  • Dewan Sekolah
  • Penceramah undangan - Ustaz Asyraf (Imam Muda)
Justeru itu, semua ibubapa serta waris murid-murid sekolah yang beragama islam dijemput untuk menghadiri majlis ilmu tersebut. Jemputan juga dipanjangkan kepada semua penduduk yang tinggal berhampiran sekolah untuk bersama-sama memeriahkan majlis itu.

Sekian, memaklumkan.