Rabu, 19 Jun 2013

JADUAL WAKTU ANJAL DAN PROGRAM PENINGKATAN UPSR 2013

Pihak sekolah akan mengimplementasikan sistem jadual waktu anjal bagi kelas-kelas Tahun Enam. Ini adalah sebahagian daripada usaha pihak sekolah untuk memfokuskan perhatian serta pendekatan proses pembelajaran calon-calon UPSR tahun 2013. Sistem ini adalah sebahagian daripada beberapa program peningkatan UPSR 2013 SKBTM.

Sistem pembelajaran dan pengajaran (PdP) anjal ini akan mula beroperasi pada hari Khamis, 20 Jun 2013. Semua murid Tahun Enam 2013 telah diberikan surat siaran pemberitahuan ini. 

Sekian dimaklumkan.