Isnin, 20 Mei 2019

HARI BERSAMA PELANGGAN BIL 1/2019

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Sukacita dimaklumkan bahawa hari bersama pelanggan SKBTM 2019 akan diadakan seperti yang di catatkan di bawah:-

Tahap Satu:
  • 13 Jun 2019
  • 8:00 pagi 
  • Taklimat PBD kepada ibu bapa atau waris di Dewan Mutiara
  • Perjumpaan dengan guru kelas di kelas masing-masing.
Tahap Dua:
  • 13 Jun 2019
  • 10:45 pagi
  • Perjumpaan dengan guru kelas di kelas masing-masing.
Sehubungan dengan itu semua ibu bapa atau waris adalah dijemput hadir ke sekolah untuk berbincang dengan guru-guru mata pelajaran mengenai prestasi akademik ataupun sahsiah anak tuan puan. Adalah dinasihatkan supaya tuan puan patuh pada masa yang ditetapkan untuk mengelakkan sebarang kesulitan. Tuan puan boleh membawa balik anak tuan puan setelah selesai sesi perbincangan dengan guru-guru.

Sekian. harap maklum. Terima kasih.