Sabtu, 29 Februari 2020

KEJOHANAN SUKAN DAN OLAHRAGA DAERAH (MSSPP) SEBERANG PERAI SELATAN 2020

Salam sejahtera dan salam Sinergi,

Sukacita memaklumkan bahawa kejohan sukan dan olehraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Pulau Pianang (MSSPP) daerah Seberang Perai Selatan edisi 2020 akan dilangsungkan seperti yang dicatatkan di bawah:-

  • Hari Isnin hingga hari Khamis
  • 9 Mac - 12 Mac 2020
  • Stadium Negeri Batu Kawan
  • 8:00 pagi - 5:00 petang

Sehubungan dengan itu semua waris, ibu bapa atau penjaga murid-murid SKBTM adalah dijemput ke kejohanan tersebut disamping menyokong atlet-atlet SKBTM yang bertanding pelbagai acara padang dan balapan pada kejohanan tersebut. Sekian, harap maklum.

Khamis, 27 Februari 2020

KEM BAHASA INGGERIS 1

Salam sejahtera dan salam Sinergi,

Adalah dimaklumkan bahawa kem peningkatan prestasi subjek Bahasa Inggeris untuk murid-murid Ujian Pentaksiran Sekolah Rendah (UPSR) 2020 telah dijadualkan diadakan seperti yang dicatat di bawah:-

  • Hari Jumaat
  • 8:00 paagi - 11:30 tangah hari
  • Kelas-kelas Tahun Enam

Pelaksanaan aktiviti dalam kem ini dibimbing guru-guru subjek Bahasa Inggeris Tahun Enam dengan menggunapakai modul pembelajaran berfokus kertas-kertas Pemahaman dan Penulisan. Semua murid Tahun Enam adalah diwajibkan mengikuti kem ini. 

Sekian, terima kasih.

Ahad, 23 Februari 2020

KEM BAHASA MELAYU TAHUN ENAM

Salam sejahtera dan salam Sinergi,

Adalah dimaklumkan bahawa Panitia Bahasa Melayu akan mengadakan Kem Bahasa Melayu untuk murid-murid Tahun Enam seperti yang dicatatkan di bawah:-

  • Hari Rabu
  • 26 Februari 2020
  • 7:45 pagi hingga 12:05 tengah hari
Kem bahasa ini akan memfokuskan aktiviti menjawab soalan-soalan kertas Bahasa Melayu berformat UPSR untuk murid-murid dalam kumpulan gagal - lulus (GALUS). Fasilitator untuk aktiviti ialah guru-guru subjek Bahasa Melayu dari Tahap Satu dan Tahap Dua.

Sekian, harap maklum.

Isnin, 10 Februari 2020

KEM MATEMATIK TAHUN ENAM 2020

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Adalah dimaklumkan bahawa yang disebutkan di atas akan dijalankan oleh Panitia Matematik kepada semua murid Tahun Enam 2020 seperti yang dicatatkan di bawah:-

  • Hari Rabu
  • 8:00 pagi - 12:00 tengah hari
  • Dewan Mutiara dan kelas-kelas Tahun Enam
  • Fasilitator:- School Improvement Specialist Coach (SISC) dari PPD Selatan
Justerut itu semua murid Tahun Enam adalah diwajibkan mengikuti semua aktiviti yang dijalankan dalam kem tersebut. Fokus utama ialah meningkatkan penguasaan kemahiran asas matematik seperti darab dan bahagi serta penyelesaian masalah. Hal ini selari dengan hasrat pihak sekolah untuk mencapai sifar gagal dalam semua mata pelajaran menjelang UPSR 2020.

Sekian, harap maklum.