Isnin, 26 Ogos 2013

PROGRAM RINTIS LINUS (LITERASI DAN NUMERASI)

Adalah dimaklumkan bahawa lawatan kerja pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung LINUS Sekolah Rendah akan diadakan pada hari Jumaat, 30 Ogos 2013 bermula jam 9:00 pagi. 

Dalam lawatan dan pemantauan ini, satu ujian saringan LINUS (Literasi dan Numerasi) akan dijalankan yang melibatkan  seramai 15 orang murid dari Tahun Satu hingga Tahun Tiga.


Melalui ujian saringan ini, murid-murid LINUS yang lulus akan berpeluang menyertai kelas pembelajaran Arus Perdana seperti murid-murid lain. Sekolah ini telah berjaya mencapai tahap kepatuhan LINUS SIFAR sepenuhnya pada tahun 2011 dan 2012.

Khamis, 22 Ogos 2013

KEM JAYA WARIS 3, 2013

Adalah memaklumkan bahawa pihak Unit Bimbingan SKBTM akan menganjurkan Kem Jaya Waris Siri 3 seperti yang di catatkan di bawah:-

  • Hari Sabtu
  • 24 Ogos 2013
  • Dewan Mutiara
  • 9:00 pagi
  • Semua waris atau penjaga murid-murid Tahun Enam dan Tahun Lima.
Sehubungan dengan itu, semua waris atau penjaga murid-murid berkenaan adalah dijemput ke sekolah unuk berbincang dan merancang aktiviti serta program peningkatan prestasi akademik calon-calon UPSR 2013 dan calon-calon UPSR 2014.

Pihak sekolah amat berharap kerjasama para ibu bapa serta waris dapat meluangkan masa untuk hadir ke majlis tersebut demi kejayaan anak-anak tuan puan.

Isnin, 12 Ogos 2013

Persediaan Akhir UPSR 2013

Pihak sekolah ingin menasihatkan semua calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2013 supaya tidak mengabaikan masa luang untuk mengulangkaji mata pelajaran UPSR. Pihak sekolah telah melakasanakan pelbagai program peningkatan prestasi calon-calon UPSR tahun ini. 

Oleh itu, pihak sekolah dengan usaha berterusan unit Bimbingan akan terus melaksanakan aktiviti peningkatan prestasi calon-calon UPSR 2013. Sekolah akan mengedarkan jadual pelaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut kepada semua calon UPSR 2013. 

Justeru itu, ibu bapa serta waris perlulah memainkan peranan yang sama dengan meneruskan usaha yang diambil oleh pihak sekolah di rumah bagi mencapai kecemerlangan yang diimpikan.

Para guru serta staf selalu mendoakan kejayaan cemerlang semua calon UPSR 2013. Hanya usaha berterusan dan kesungguhan untuk mencapai kejayaan cemerlang yang akan membezakan keputusan sebenar dalam UPSR 2031 kelak.

Sekian dan selamat maju jaya.