Isnin, 9 November 2020

PEMBATALAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2020

 Salam sejahtera dan salam Sinergi,

Sehubungan dengan perintah penutupan semua institusi pendidikan di bawah Kementereian Pendidikan Malaysia (KPM) peperiksaan akhir tahun yang dijadualkan diadakan bermula 9 November 2020 adalah dibatalkan.

Semua murid dinasihatkan supaya membuat ulangkaji mata pelajaran melalui kaedah pembelajaran dalam talian. Jadual pembelajaran dalam talian telah dikeluarkan pihak sekolah. Kerjasama ibu bapa dan penglibatan aktif murid-murid adalah harapkan.

Sekian. Harap maklum.

Jumaat, 4 September 2020

UJIAN PENGESANAN TAHUN LIMA DAN ENAM 2020

 Salam sejahtera dan salam Sinergi,

Adalah dimaklumkan bahawa ujian pengesanan bagi murid-murid Tahun Lima dan Tahun Enam telah dihjadualkan di adakan seperti yang di catatkan di bawah:-


  • Hari Isnin - hari Khamis
  • 7 September 2020 - 10 September 2020
  • Semua subjek teras asas berformat kertas soalan Ujian Pentaksiran Sekolah Rendah (UPSR).
Sehubungan dengan itu, semua murid di tahun Lima dan tahun Enam adalah dinasihatkan supaya membuat ulangkaji subjek-subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Semua murid tahun Lima dan tahun Enam disarankan supaya menjaga tahap kesihatan diri dan mengamalkan semua arahan-arahan dalam langkah pencegahan COVID-19 semasa menduduki penilaian tersebut.

Sekian. Selamat maju jaya.

Selasa, 16 Jun 2020

NOTIS PEMBUKAAN SEMULA KELAS-KELAS PRASEKOLAH

Salam sejahtera dan salam Sinergi,

Adalah dimaklumkan bahawa kelas-kelas Prasekolah akan mula dibuka pada hari Rabu, 1 Julai 2020. Semua ibu bapa atau waris murid-murid Prasekolah akan diberitahu melalui perkhidmatan media sosial seperti WhatApps atau Telegram sekolah.

Pihak sekolah mengambil langkah-langkah pencegahan penularan COVID-19 di setiap kelas Presekolah selaras dengan SOP yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Pendidikan Malaysia,

Sekian, harap maklum.

Isnin, 16 Mac 2020

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA SEKOLAH AKIBAT WABAK COVID-19

Salam sejahtera dan salam Sinergi,


Selaras dengan arahan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui hebahan umum yang disiarkan melalui semua media rasmi kerajaan berhubung dengan penularan COVID-19 di Malaysia, semua sekolah rendah, menengah atau institusi pendidikan hendaklah ditutup sementara bermula 18 Mac 2020 hingga 12 Mei 2020 atau sehingga diberitahu sebaliknya.

Langkah ini adalah untuk mengekang penularan wabak dalam masyarakat. Justeru itu semua ibu bapa dan waris murid-murid atau pelajar sekolah dan institusi pendidikan lain hendaklah mengambil maklum perkara ini. 

Pihak sekolah ingin mengingatkan semua murid supaya menjaga keselamatan diri dengan mengambil langkah-langkah pencegahan seperti yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Sekian, harap maklum. Terima kasih

Sabtu, 29 Februari 2020

KEJOHANAN SUKAN DAN OLAHRAGA DAERAH (MSSPP) SEBERANG PERAI SELATAN 2020

Salam sejahtera dan salam Sinergi,

Sukacita memaklumkan bahawa kejohan sukan dan olehraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Pulau Pianang (MSSPP) daerah Seberang Perai Selatan edisi 2020 akan dilangsungkan seperti yang dicatatkan di bawah:-

  • Hari Isnin hingga hari Khamis
  • 9 Mac - 12 Mac 2020
  • Stadium Negeri Batu Kawan
  • 8:00 pagi - 5:00 petang

Sehubungan dengan itu semua waris, ibu bapa atau penjaga murid-murid SKBTM adalah dijemput ke kejohanan tersebut disamping menyokong atlet-atlet SKBTM yang bertanding pelbagai acara padang dan balapan pada kejohanan tersebut. Sekian, harap maklum.

Khamis, 27 Februari 2020

KEM BAHASA INGGERIS 1

Salam sejahtera dan salam Sinergi,

Adalah dimaklumkan bahawa kem peningkatan prestasi subjek Bahasa Inggeris untuk murid-murid Ujian Pentaksiran Sekolah Rendah (UPSR) 2020 telah dijadualkan diadakan seperti yang dicatat di bawah:-

  • Hari Jumaat
  • 8:00 paagi - 11:30 tangah hari
  • Kelas-kelas Tahun Enam

Pelaksanaan aktiviti dalam kem ini dibimbing guru-guru subjek Bahasa Inggeris Tahun Enam dengan menggunapakai modul pembelajaran berfokus kertas-kertas Pemahaman dan Penulisan. Semua murid Tahun Enam adalah diwajibkan mengikuti kem ini. 

Sekian, terima kasih.

Ahad, 23 Februari 2020

KEM BAHASA MELAYU TAHUN ENAM

Salam sejahtera dan salam Sinergi,

Adalah dimaklumkan bahawa Panitia Bahasa Melayu akan mengadakan Kem Bahasa Melayu untuk murid-murid Tahun Enam seperti yang dicatatkan di bawah:-

  • Hari Rabu
  • 26 Februari 2020
  • 7:45 pagi hingga 12:05 tengah hari
Kem bahasa ini akan memfokuskan aktiviti menjawab soalan-soalan kertas Bahasa Melayu berformat UPSR untuk murid-murid dalam kumpulan gagal - lulus (GALUS). Fasilitator untuk aktiviti ialah guru-guru subjek Bahasa Melayu dari Tahap Satu dan Tahap Dua.

Sekian, harap maklum.

Isnin, 10 Februari 2020

KEM MATEMATIK TAHUN ENAM 2020

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Adalah dimaklumkan bahawa yang disebutkan di atas akan dijalankan oleh Panitia Matematik kepada semua murid Tahun Enam 2020 seperti yang dicatatkan di bawah:-

  • Hari Rabu
  • 8:00 pagi - 12:00 tengah hari
  • Dewan Mutiara dan kelas-kelas Tahun Enam
  • Fasilitator:- School Improvement Specialist Coach (SISC) dari PPD Selatan
Justerut itu semua murid Tahun Enam adalah diwajibkan mengikuti semua aktiviti yang dijalankan dalam kem tersebut. Fokus utama ialah meningkatkan penguasaan kemahiran asas matematik seperti darab dan bahagi serta penyelesaian masalah. Hal ini selari dengan hasrat pihak sekolah untuk mencapai sifar gagal dalam semua mata pelajaran menjelang UPSR 2020.

Sekian, harap maklum.

Sabtu, 24 Ogos 2019

UJIAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2019

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,


Adalah dimaklumkan Bahasa Ujian Pentaksiran Sekolah Rendah (UPSR) 2019 telah dijadualkan akan dilaksanakan seperit yang tercatat di bawah:-

Sesi 1:
4 September 2019
  • Bahasa Melayu Pemahaman SK (011)
  • Bahasa Melayu Penulisan SK (012)
5 September 2019
  • Bahasa Inggeris Pemahaman SK (013)
  • Bahasa Inggeris Penulisan SK (014)

Sesi 2:
10 September 2019
  • Matematik 1 SK (015/1)
  • Matematik 2 SK (015/2)
11 September 2019 
  • Sains SK (018/1)
  • Sains SK (018/2)
Sehubungan dengan itu, semua warga sekolah mendoakan kejayaan cemerlang para calon UPSR 2019.

Sabtu, 3 Ogos 2019

PERCUBAAN UPSR 1, 2019

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Adalah dimaklumkan bahawa ujian percubaan UPSR 1, 2019 bagi murid-murid Tahun Enam telah dijadualkan di adakan seperti yang di catatkan di bawah:-

  • Hari Isnin hingga hari Khamis
  • 5 Ogos 2019  hingga 8 Ogos 2019
  • Semua murid Tahun Enam 2019
Sehubungan itu, semua murid adalah dinasihatkan supaya membuat ulang kaji semua subjek UPSR dan membawa peralatan menulis yang secukupnya sebelum memasuki dewan peperiksaan. Pihak sekolah mendoakan semua calon UPSR 2019 akan dapat menjawab soalan-soalan dengan tenang dan betul.

Sekian, Selamat maju jaya.

Selasa, 30 Julai 2019

DIALOG PRESTASI PROGRAM PODIUM ELIT 2019

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Adalah dimaklumkan bahawa sesi dialog prestasi bersama-sama ibu bapa atau waris murid-murid dalam Program Elit 2019 akan diadakan seperti yang di catatkan di bawah:-

  • Hari Rabu
  • 31 Julai 2019
  • 8:30 pagi 
  • Bilik Mesyaurat

Sehubungan dengan itu, semua ibu bapa atau waris murid-murid dalam program ini adalah dijemput ke sekolah bagi menyertai sesi dialog tersebut. Sesi dialog bertujuan mengatasi kelemahan pembelajaran dan seterusnya meningkatkan prestasi akademik murid-murid dalam UPSR 2019.

Sekian. Harap maklum.

Isnin, 20 Mei 2019

HARI BERSAMA PELANGGAN BIL 1/2019

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Sukacita dimaklumkan bahawa hari bersama pelanggan SKBTM 2019 akan diadakan seperti yang di catatkan di bawah:-

Tahap Satu:
  • 13 Jun 2019
  • 8:00 pagi 
  • Taklimat PBD kepada ibu bapa atau waris di Dewan Mutiara
  • Perjumpaan dengan guru kelas di kelas masing-masing.
Tahap Dua:
  • 13 Jun 2019
  • 10:45 pagi
  • Perjumpaan dengan guru kelas di kelas masing-masing.
Sehubungan dengan itu semua ibu bapa atau waris adalah dijemput hadir ke sekolah untuk berbincang dengan guru-guru mata pelajaran mengenai prestasi akademik ataupun sahsiah anak tuan puan. Adalah dinasihatkan supaya tuan puan patuh pada masa yang ditetapkan untuk mengelakkan sebarang kesulitan. Tuan puan boleh membawa balik anak tuan puan setelah selesai sesi perbincangan dengan guru-guru.

Sekian. harap maklum. Terima kasih.

Ahad, 28 April 2019

PKSR 1, 2019

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Sukacita memaklumkan bahawa PKSR 1 telah dijadualkan akan dilaksanakan seperti yang dicatatkan di bawah:-

  • Hari Isnin - Jumaat
  • 6 Mei - 10 Mei 2019
  • Tahun Empat - Tahun Lima
  • Semua matapelajaran teras termasuk Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.
Sehubungan dengan itu, semua murid dinasihatkan supaya membuat ulangkaji matapelajaran-matapelajaran teras bagi mendapat markah yang tinggi. Markah daripada PKSR1 ini akan digunakan bagi anugerah pencapaian kecemerlangan murid-murid 2019.

Sekian, harap maklum.

Rabu, 26 September 2018

PKSR 2, 2018

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Sukacita memaklumkan bahawa Pentaksiran Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) Dua telah dijadualkan diadakan pada seperti yang dicatatkan di bawah:-

  • Hari Isnin hingga hari Jumaat
  • 15 Oktober hingga 19 Oktober 2018
  • Semua kelas Tahun Satu hingga Tahun Lima
Subjek wajib - Bahasa Melayu Penulisan dan Pemahaman, Bahasa Inggeris Penulisan dan Pemahaman, Matematik, Sains, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral, Bahasa Arab, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil, Pendidikan Seni Visual, Sejarah.

Sehubungan dengan itu semua murid adalah dinasihatkan supaya membuat ulangkaji mata pelajaran-mata pelajaran yang dicatatkan di atas bagi mendapat markah yang baik. Keputusan PKSR Dua ini akan diguna bagi penempatan murid-murid ke kelas-kelas pada tahun 2019.

Sekian, terima kasih.

Khamis, 16 Ogos 2018

PERCUBAAN PPSR 2 2018

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Sukacita memaklumkan bahawa ujian percubaan Penilaian Prestasi Sekolah Rendah (PPSR) 2 telah dijadualkan seperti yang di catatkan di bawah:-

  • 3 September - 6 September 2018
  • Hari Isnin - hari Khamis
  • Semua subjek wajib 
Sehubungan itu semua murid dinasihatkan membuat ulang kaji subjek-subjek wajib sebelum ujian percubaan. 

Sekian, harap maklum. Terima kasih.

Rabu, 4 Julai 2018

PERCUBAAN PPSR 2018

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Adalah dimaklumkan bahawa peperiksaan percubaan Penilaian Sekolah Rendah (PPSR) 2018 telah dijadualkan seperti yang dicatatkan di bawah:-

  • Isnin - Khamis
  • 23 - 26 Julai 2018
  • Semua mata pelajaran teras 
Sehubungan itu semua murid Tahun Enam dinasihatkan supaya membuat ulangkaji mata pelajaran-mata pelajaran teras.

Sekian. Terima kasih.

Sabtu, 12 Mei 2018

PKSR 1 2018

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Sukacita dimaklumkan bahawa Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) Satu telah di jadualkan di adakan seperti yang dicatatkan di bawah:-

  • Hari Isnin hingga hari Khamis
  • 21 Mei hingga 24 Mei 2018
  • Semua Tahun
  • Subjek-subjek wajib dan teras
Sehubungan dengan itu semua murid adalah dinasihatkan supaya mengulang kaji semua mata pelajaran wajib dan teras sebagai langkah menghadapi PKSR.

Sekian terima kasih dan semoga berjaya.

Selasa, 25 April 2017

PKSR 1, 2017

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Adalah dimaklumkan bahawa Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) Satu telah dijadualkan diadakan seperti yang dinyatakan di bawah:-

  • Hari Isnin - hari Khamis
  • 8 Mei - 11 Mei 2017
  • Murid-murid Tahun Satu - Tahun Lima

Sehubungan dengan itu, semua murid adalah dinasihatkan supaya mengulangkaji mata pelajaran-mata pelajaran wajib dan beberapa mata pelajaran teras seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Sejarah, Bahasa Arab, Bahasa CIna, Bahasa Tamil. Jadual PKSR 1 telahpun di kongsi melalui aplikasi WhatsApp kelas. 

Sekian, harap maklum. Terima kasih.

Isnin, 9 Januari 2017

JADUAL UPSR 2017

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Berikut adalah jadual Ujian Pentaksiran Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2017. Ibu bapaunt serta waris murid-murid Tahun Enam boleh memuat turun jadual ini simpanan dan rujukan.



Sekian, harap maklum.

Khamis, 14 Julai 2016

UJIAN PRAPENGESANAN PENINGKATAN PRESTASI TAHUN ENAM 2016

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Sukacita memaklumkan bahawa murid-murid Tahun Enam akan menduduki Ujian PraPengesanan Peningkatan Prestasi UPSR 2016 seperti yang dinyatakan di bawah:-

  • 18 Julai - 21 Julai 2016
  • Semua murid Tahun Enam
  • Semua mata pelajaran Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016
Justeru itu, semua murid Tahun Enam adalah dinasihatkan supaya mengulangkaji semua mata pelajaran UPSR sebagai langkah awal persediaan menghadapi Percubaan UPSR.

Sekian, harap maklum.