Isnin, 10 Februari 2020

KEM MATEMATIK TAHUN ENAM 2020

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Adalah dimaklumkan bahawa yang disebutkan di atas akan dijalankan oleh Panitia Matematik kepada semua murid Tahun Enam 2020 seperti yang dicatatkan di bawah:-

  • Hari Rabu
  • 8:00 pagi - 12:00 tengah hari
  • Dewan Mutiara dan kelas-kelas Tahun Enam
  • Fasilitator:- School Improvement Specialist Coach (SISC) dari PPD Selatan
Justerut itu semua murid Tahun Enam adalah diwajibkan mengikuti semua aktiviti yang dijalankan dalam kem tersebut. Fokus utama ialah meningkatkan penguasaan kemahiran asas matematik seperti darab dan bahagi serta penyelesaian masalah. Hal ini selari dengan hasrat pihak sekolah untuk mencapai sifar gagal dalam semua mata pelajaran menjelang UPSR 2020.

Sekian, harap maklum.

Sabtu, 24 Ogos 2019

UJIAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2019

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,


Adalah dimaklumkan Bahasa Ujian Pentaksiran Sekolah Rendah (UPSR) 2019 telah dijadualkan akan dilaksanakan seperit yang tercatat di bawah:-

Sesi 1:
4 September 2019
  • Bahasa Melayu Pemahaman SK (011)
  • Bahasa Melayu Penulisan SK (012)
5 September 2019
  • Bahasa Inggeris Pemahaman SK (013)
  • Bahasa Inggeris Penulisan SK (014)

Sesi 2:
10 September 2019
  • Matematik 1 SK (015/1)
  • Matematik 2 SK (015/2)
11 September 2019 
  • Sains SK (018/1)
  • Sains SK (018/2)
Sehubungan dengan itu, semua warga sekolah mendoakan kejayaan cemerlang para calon UPSR 2019.

Sabtu, 3 Ogos 2019

PERCUBAAN UPSR 1, 2019

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Adalah dimaklumkan bahawa ujian percubaan UPSR 1, 2019 bagi murid-murid Tahun Enam telah dijadualkan di adakan seperti yang di catatkan di bawah:-

  • Hari Isnin hingga hari Khamis
  • 5 Ogos 2019  hingga 8 Ogos 2019
  • Semua murid Tahun Enam 2019
Sehubungan itu, semua murid adalah dinasihatkan supaya membuat ulang kaji semua subjek UPSR dan membawa peralatan menulis yang secukupnya sebelum memasuki dewan peperiksaan. Pihak sekolah mendoakan semua calon UPSR 2019 akan dapat menjawab soalan-soalan dengan tenang dan betul.

Sekian, Selamat maju jaya.

Selasa, 30 Julai 2019

DIALOG PRESTASI PROGRAM PODIUM ELIT 2019

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Adalah dimaklumkan bahawa sesi dialog prestasi bersama-sama ibu bapa atau waris murid-murid dalam Program Elit 2019 akan diadakan seperti yang di catatkan di bawah:-

  • Hari Rabu
  • 31 Julai 2019
  • 8:30 pagi 
  • Bilik Mesyaurat

Sehubungan dengan itu, semua ibu bapa atau waris murid-murid dalam program ini adalah dijemput ke sekolah bagi menyertai sesi dialog tersebut. Sesi dialog bertujuan mengatasi kelemahan pembelajaran dan seterusnya meningkatkan prestasi akademik murid-murid dalam UPSR 2019.

Sekian. Harap maklum.

Isnin, 20 Mei 2019

HARI BERSAMA PELANGGAN BIL 1/2019

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Sukacita dimaklumkan bahawa hari bersama pelanggan SKBTM 2019 akan diadakan seperti yang di catatkan di bawah:-

Tahap Satu:
  • 13 Jun 2019
  • 8:00 pagi 
  • Taklimat PBD kepada ibu bapa atau waris di Dewan Mutiara
  • Perjumpaan dengan guru kelas di kelas masing-masing.
Tahap Dua:
  • 13 Jun 2019
  • 10:45 pagi
  • Perjumpaan dengan guru kelas di kelas masing-masing.
Sehubungan dengan itu semua ibu bapa atau waris adalah dijemput hadir ke sekolah untuk berbincang dengan guru-guru mata pelajaran mengenai prestasi akademik ataupun sahsiah anak tuan puan. Adalah dinasihatkan supaya tuan puan patuh pada masa yang ditetapkan untuk mengelakkan sebarang kesulitan. Tuan puan boleh membawa balik anak tuan puan setelah selesai sesi perbincangan dengan guru-guru.

Sekian. harap maklum. Terima kasih.

Ahad, 28 April 2019

PKSR 1, 2019

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Sukacita memaklumkan bahawa PKSR 1 telah dijadualkan akan dilaksanakan seperti yang dicatatkan di bawah:-

  • Hari Isnin - Jumaat
  • 6 Mei - 10 Mei 2019
  • Tahun Empat - Tahun Lima
  • Semua matapelajaran teras termasuk Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.
Sehubungan dengan itu, semua murid dinasihatkan supaya membuat ulangkaji matapelajaran-matapelajaran teras bagi mendapat markah yang tinggi. Markah daripada PKSR1 ini akan digunakan bagi anugerah pencapaian kecemerlangan murid-murid 2019.

Sekian, harap maklum.

Rabu, 26 September 2018

PKSR 2, 2018

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Sukacita memaklumkan bahawa Pentaksiran Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) Dua telah dijadualkan diadakan pada seperti yang dicatatkan di bawah:-

  • Hari Isnin hingga hari Jumaat
  • 15 Oktober hingga 19 Oktober 2018
  • Semua kelas Tahun Satu hingga Tahun Lima
Subjek wajib - Bahasa Melayu Penulisan dan Pemahaman, Bahasa Inggeris Penulisan dan Pemahaman, Matematik, Sains, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral, Bahasa Arab, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil, Pendidikan Seni Visual, Sejarah.

Sehubungan dengan itu semua murid adalah dinasihatkan supaya membuat ulangkaji mata pelajaran-mata pelajaran yang dicatatkan di atas bagi mendapat markah yang baik. Keputusan PKSR Dua ini akan diguna bagi penempatan murid-murid ke kelas-kelas pada tahun 2019.

Sekian, terima kasih.