Jumaat, 19 Februari 2016

KELAS TAMBAHAN BAHASA MALAYSIA DAN MATEMATIK TAHUN ENAM

Salam sejahtera dan Salam Sinergi 5P,

Sukacita memaklumkan bahawa kelas-kelas tambahan subjek Bahasa Malaysia dan Matematik Tahun Enam akan mula dijalankan seperti yang dicatatkan di bawah:-

  • Setiap hari Sabtu
  • Bahasa Malaysia (8:00 pagi - 10:00 pagi)
  • Matematik (10:30 pagi - 12:30 tengah hari)

Sehubungan dengan itu semua murid Tahun Enam diwajibkan hadir ke kelas-kelas yang dinyatakan di atas dengan memakai pakaian yang sesuai dan membawa alat tulis. Jadual kelas-kelas yang dinyatakan di atas telah pun diedarkan kepada semua murid Tahun Enam.

Sekian, harap maklum. Terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan